Sunday, 4 May 2014

Akhi Aman Dx Dalam Kenangan

Hari ini (Ahad) genaplah 2 minggu kepulangan akhi aman ke rahmatullah (Ahad, 20 April 2014, ikuti post saya yang terdahulu mengenai beliau di sini). Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai pemergiannya, hal ini kerana setiap diri masing-masing yang mengenali beliau ada kisah bersamanya, cukuplah dengan bukti bahawa Allahyarham akhi Aman sangat disenangi pelbagai lapisan orang dan kebaikannya meluas sehinggakan sesiapa yang bersamanya pasti turut merasai kebaikan daripadanya.

Antara coretan dan komen daripada sahabat-sahabat mengenai beliau yang sempat disiarkan di laman Facebook :-








Penghormatan terakhir daripada Ustaz Hazmi Dibok buat Allahyarham akhi Aman.


Dirimu seorang sahabat, teman, murabbi yang sejati, kehilanganmu pasti dirasai. Semoga engkau ditempatkan bersama para kekasih-Nya dan para solehin dan semoga kita dapat bertemu lagi disyurga-Nya, insya-Allah.

Marilah bersama kita melafazkan kalimah al-istirja' (innalillahi wainna ilahi raji'un) dan menyedekahkan al-fatihah buat beliau.

*Sebahagian nama pemilik profile FB diblurkan untuk tujuan privacy.

2 comments:

  1. sebak ... T_T..
    innalillahi wainna ilahi raji'un.. alfatihah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanda kematian yang baik kerana manusia menangisi pemergiannya dan menyebut-nyebut kebaikannya semasa hidup, doakan beliau dan kita semua supaya dapat mati khusnul khatimah.

      Delete