Bismillah...
Post kali ini berkaitan seorang sahabat saya, (Allahyarham) akhi Aman yg baru sahaja kembali ke rahmatullah hari ini (Ahad, 20 April 2014).
Terkejut, sedih, semuanya ada bercampur-baur perasaan ini.
Hari ini ketika membaca ayat Al-Quran, terhenti seketika pada ayat ini :
قُل لاَّ أَمْلِكُ لِنَفْسِي ضَرّاً وَلاَ نَفْعاً إِلاَّ مَا شَاء اللّهُ لِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ إِذَا جَاء أَجَلُهُمْ فَلاَ يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa menolak
mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa
yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka
apabila tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat
mereka menyegerakannya". (Surah Yunus :
ayat 49)
Benarlah Firman Allah SWT Yang Maha Agung Lagi Maha Mengetahui.
Saya dan ramai lagi sahabatnya antara yang menjadi saksi bahawa Allahyarham Aman adalah seorang lelaki yang soleh. Hidupnya selalu membantu manusia sekilingnya. Selalu hadir program tarbiyah dan sangat berkomited dalam menjalankan kerja persatuan.
Subhanallah!
Alangkah indahnya sebuah kematian diiringi doa dan perkataan-perkataan yang baik dari manusia tentangnya.
Perkara inilah yang terkadang kita lupakan, kematian, usah fikir bila kita mati tapi berfikirlah tentang bagaimana persiapan kita untuk mati. Mati bukanlah pengakhiran sebuah kehidupan, tetapi mati adalah transisi kita untuk perjalanan kehidupan yang seterusnya iaitu alam akhirat yang kekal abadi.
Tidak semua yang kita sangka baik untuk kita adalah baik untuk kita dan begitu juga sebaliknya, tetapi apa yang telah Allah tentukan pastinya yang terbaik untuk kita dan mempunyai hikmah yang tersendiri.
وَسَارِعُواْ إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ
أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاء وَالضَّرَّاء وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Dan segeralah
kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari
Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi,
yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
Iaitu
orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan
orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan
orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara
yang baik; (Surah Ali 'Imran : ayat 133-144)
Kenangan bersama Allahyarham ketika menghadiri program tarbiyah.
Dari kiri Hasbullah, (Allahyarham) akhi Aman, Izofi, Fariq, Fawwaz.
Berusahalah untuk mendapat keampunan Allah dan syurga-Nya tempat asal kita dan tempat kita dapat bertemu dengan-Nya. Kita tidak tahu bila kita akan mati, tetapi mati itu pasti, berbuatlah perkara kebaikan dan jauhi kemungkaran, selagi hayat dikandung badan.
Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Al-Fatihah buat Allahyarham akhi Aman.
Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Al-Fatihah buat Allahyarham akhi Aman.
akhi, 20 April 2014
ReplyDeletejazakallahu khair ukhti di atas pembetulan.
Delete*jazakillahu khair
Delete