Oleh: Dr. Azman Ibrahim
Gambar Dr. Azman Ibrahim di sebelah kiri
Saya
kongsikan beberapa tips kenapa kita perlu menulis dan bagaimana kita nak
menjadi seorang penulis yang baik. Maksud saya, menulis apa sahaja topik yg
berguna dan bermanfaat. Malam ni saya bagi 4 dulu...
1. Tengoklah Imam Shafie, Imam Malik, Imam Nawawi, Ibnu Taimiyyah, Dr Yusuf Qaradhawi, Hassan Al Banna, Syed Qutb, Imam al Ghazali, Ibnu kathir dan ramai lagi kalau saya nak list. Apa yang mereka tinggalkan dan kita ambil manfaat darinya? Bukankah dari buku-buku yg ditulis.
Kita tak bercakap tentang ulama silam yg tak sezaman dgn kita, malah Yusuf al-Qaradhawi yg sezaman dgn kita pun tak pernah kita temui. Dari mana kita tumpang ilmu beliau? Jawabnya dari buku-buku tulisannya.
2. Menulis akan menuntut kita untuk terus mengkaji dan menggali ilmu agar ianya dapat dikongsi dalam penulisan. Bukankah dgn mengkaji bermakna kita sentiasa berusaha menambah ilmu.
3. Sebuah buku yg ditulis mungkin akan kekal utk 50 tahun atau 100 tahun akan datang. Dibaca oleh cucu cicit kita. Kalau saya sebagai cucu, karya datuk saya adalah suatu yg sangat bernilai bagi saya walaupun mungkin tidak bagi org lain.
4. Menulis dari hati dan pengalaman sendiri tak sama dgn orang yang berteori. Seorang penulis buku motivasi yang mengajak orang lain menjadi berani, belum tentu dia sendiri seorang yg berani. Tetapi tulisan seorang pejuang yg terbukti keberaniannya di medan juang jauh lebih bernilai dan bermakna serta menusuk hati pembaca.
Pakar motivasi yg mengajak orang lain menjadi tabah, belum tentu dia sendiri boleh bersabar dengan keperitan hidup, tetapi seorang yang telah melalui hidup yang penuh keperitan kemudian menulis apa yang pernah dilaluinya untuk dikongsi dengan orang lain, kita akan mendapati apa yg ditulisnya penuh kemurnian dan kejujuran serta berpijak di alam nyata...
*Dr. Azman Ibrahim merupakan Ajk Badan Perhubungan PAS Terengganu dan merupakan seorang doktor gigi. Beliau selalu menulis di blognya di sini.

No comments:
Post a Comment