Walaupun di musim peperiksaan, saya ingin
meluangkan masa sedikit berkenaan dengan amalan dan nasihat buat wanita hamil,
memandangkan ramai dalam kalangan sahabat-sahabat saya yang bakal menjadi ayah
dan juga ibu, tahniah saya ucapkan. Tetapi sebelum itu ingin saya kongsikan
beberapa tips yang saya perolehi hasil pembacaan dan daripada apa yang saya
pelajari dari kuliah perubatan yang saya sedang ambil ini.
Perubahan physiology selama kehamilan meliputi pertambahan volume plasma darah, meningkatnya persediaan cadangan makanan, meningkatnya aliran darah uterine, serta bertambahnya berat janin, cairan amniotic dan placenta. Purata pertambahan berat badan ibu selama masa hamil adalah 12.5 kg, kerananya ibu hamil memerlukan tambahan tenaga sebanyak 258 gram dari keadaan normal. Begitu juga dengan keperluan protein yang bertambah 8.5 gram setiap hari pada saat puncak keperluan. Hal ini untuk menutupi perkiraan 925 gram protein yang didepositkan kepada janin, placenta dan jaringan maternal. Ibu hamil dianjurkan untuk mengambil protein sebanyak 85-100 gram setiap hari pada 5 bulan pertama kehamilannya.

"A mother is she who can take the place of all others,
but whose place no one else can take.." - quoted.
Oleh itu, para ibu dinasihatkan mengambil
makanan dan zat yang secukupnya untuk perkembangan yang baik kepada si bayi.
Antara makanan yang disarankan untuk
diambil oleh ibu mengandung ialah:
1) Susu
Susu mengandungi protein dan juga vitamin A yang penting untuk perkembangan janin dalam kandungannya. Caranya adalah dengan meminum susu sebanyak 2-4 gelas sehari. 2 gelas susu yang diminum dapat menyumbang 15 gram protein, 0.75 gram kalsium dan 160 kkal (susu skim), 320 kkal (susu penuh krim).
Pesan Rasulullah SAW (yang maksudnya),”Berilah wanita-wanita hamil meminum susu, kerana ia akan membuat anaknya berotak cerdas.” (Hadis riwayat Imam Ibnu Asakir)

2) Buah-buahan dan sayur-sayuran
Antara buah-buahan yang disarankan ialah buah tembikai, kelapa muda, delima, limau, anggur, kismis, zaitun, tin, pir, labu, adas dan juga beras (nasi). Selain itu, terdapat juga satu buah yang sangat baik untuk wanita hamil iaitu safarjal (jambu biji). Ia berguna untuk mencantikkan wajah dan melembutkan hati.
Dalam satu hadis yang dirawayatkan oleh Thalhah RA, beliau menuturkan,”Aku menemui Rasulullah SAW. Di tangan baginda ada buah safarjal (jambu biji). Kemudian Baginda SAW bersabda,”Makanlah buah ini, kerana ia boleh melembutkan hati.” (Hadis riwayat Imam Ibnu Asakir)

3) Ikan laut
Pakar nutrisi pemakanan mengatakan bahawa ikan laut mengandungi asid lemak omega 3 yang berperanan penting kepada pertumbuhan dan perkembangan sel otak serta proses penglihatan (pembentukan retina mata) pada janin. Selain itu, ikan juga mengandungi asid amino (protein) penting yang sangat baik bagi pertumbuhan janin, di samping kandungan vitamin dan mineralnya yang cukup tinggi.

4) Vitamin A
Ibu hamil memerlukan vitamin A sekitar 500 SI. Jika ibu hamil mengalami kekurangan vitamin A selama kehamilan, ia boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang serta melambatkan pertumbuhan janin. Berat bayi juga rendah ketika dilahirkan. Sebaliknya pengambilan vitamin A secara berlebihan juga memberikan kesan negative. Untuk mendapatkan vitamin A ini, ibu hamil boleh mendapatkannya daripada hati, susu, ikan laut, sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna hijau dan kuning serta makanan berprotein lainnya.

5) Kurma
Pesan Rasulullah SAW dalam suatu hadis (yang maksudnya),”Berilah wanita hamil memakan kurma sebelum dia melahirkan, sebab ia akan membuat anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya).” (Hadis riwayat Imam Ibnu Asakir)
Berdasarkan kajian ilmiah pakar kesihatan makanan moden, didapati bahawa sebiji kurma yang dimakan mengandungi 20-24% air, 70-75% gula, 2-3% protein, serta 8.5 serat (fiber). Dari penelitian tersebut juga diketahui bahawa ruthab (kurma segar yang masak dipohon) dan tamar (kurma masak kering) mengandungi 65-70% air berdasarkan berat bersihnya, 24-58% zat gula, 1.2-2% protein, 2.5 serat, serta sangat sedikit lemak susah larut (lechitine).

Sekian sahaja untuk kali ini, akan disambung
tips-tips yang lain pada masa akan datang, insya-Allah. Doakan saya diberi
kesihatan dan kesempatan untuk menulis lagi berkenaan tips-tips untuk wanita
hamil. Teguran dan penambahbaikan amat dialu-alukan, syukran kerana sudi
membaca! J
Rujukan: Buku "Amalan Lengkap Wanita Hamil - Sebuah Ikhtiar Membina Generasi Rabbani" karangan Naylah Mumtazah Majidy diterjemahkan oleh Ahmad Faruq, terbitan Jundi Resources.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete